PENGENALAN TENTANG PUISI
Dalam hubungan ini, kedudukan pantun amatlah istimewa. di dalamnya terangkum kehalusan jiwa dan ketinggian akal/budi pencipta atau pemiliknya. Dengan begitu, R.O.Winstedt yang dapat diangap seorang sarjana sastera dan budaya Melayu, pernah mengakui dan menegaskan bahawa tidak ada siapa pun yang dapat mengukur 'kehalusan pemikir' orang melayu tanpa memahami pantunnya. Bagi orang asing pula, jika belum mengenal pantun, boleh dianggap orang itu belum lagi 'mengenal jiwa' dan 'jalan fikiran' orang melayu yang sebenar.
DEFINISI PUISI
'puisi adalah karangan berangkap yang khas dipakai untuk melafazkan fikiran yang cantik dengan bahasa yang indah dan melukiskan fikiran yang cantik dengan bahasa yang indah dan melukiskan kemanisan serta kecantiakn bahasa. Sebagai kerangan berangkap, puisi itu disusunkan dengan bahagian yang berkerat-kerat. Dia antara sekerat denagn sekerat biasanya berjodoh bunyi atau rentak atau isinya serta kebanyakannya memakai timbangan atau suakatn tertentu"
Definisi yang diberiakn oleh H.B. Jassin;
seorang peneliti dan pengkritik kesusasteraan Indonesia yang terkemuka bahawa puisi adalah pengucapan denagn perasaan yang di dalamnya mengandungi fikiran-fikiran dan tanggapan-tanggapan.
Definisi yang diberikan oleh M.S Hutagalung;
Puisi lebih banyak atau lebih cenderung untuk menggambarkan sesuatu dan bukan menerangkan atau menceritakan.
Definisi
yang dikemukakan oleh Za'ba, ternyata lebih memberikan penekanan kepada
struktur fizikal puisi, iaitu semestinya mempunyai rangkap, berkerat-kerat atau
baris-baris, berjodoh bunyi atau rima dan timbangan atau sukatan tertentu yang
dapat diertikan jumlah suku kata dalam setiap baris. Dengan penekanan kepada
unsur-unsur ini menunjukkan, puisi Melayu moden mempertahankan ciri-ciri Puisi
Melayu tradisional, khususnya 'pantun'. Dalam perkembangan puisi Melayu moden
ciri-ciri tersebut memang wujud terutama sehingga tahun 1960-an dengan begitu
jelas dan luas pengaruhnya.
No comments:
Post a Comment